Sunday, February 27, 2011

10 Kereta Terpantas Di Dunia

Berikut ialah 10 kereta yang terpantas di dunia setakat ini (2011). Rekod ini telah dicatatkan berdasarkan kereta yang dikeluarkan kepada awam (mass pro illegal car).

1. Bugatti Veyron Super Sport

Bugatti Veyron Super Sport
Engine: 8.0L W16
Max Power: 1200 Bhp
0 - 100km/h: 2.2s
Top Speed: 427 km/h
Price: USD 2.4 million

2. SSC Ultimate Aero

SSC Ultimate Aero
Engine: ?? Twin Turbo
Max power: 1183 Bhp
0 - 100km/h: 2.7s
Top Speed: 411 km/h
Price: USD 485K

3. Koenigsegg CCX

Koegnigsegg CCX
Engine: V8
Max power: 803 Bhp
0 - 100km/h: 3.2s
Top speed: 400 km/h
Price: USD 2.0 Million


4. Saleen S7 Twin Turbo

Saleen S7 Twin Turbo
Engine: V8
Max power: 705 Bhp
0 - 100km/h: 3.2s
Top speed: 396.8 km/h
Price: USD 585K

5. McLaren F1

McLaren F1
Engine: V12
Max power: 620 Bhp
0 - 100km/h: 3.2s
Top speed: 384 km/h
Price: USD987K

6. Gumpert Apollo

Gumpert Apollo
Engine: ???
Max power: 789 Bhp
0 - 100km/h: 2.7s
Top speed: 352 km/h
Price: USD 400K

7. Ascari A10

Ascari A10

Engine: 5.0L BMW V8
Max power: 625 Bhp
0 - 100km/h: 2.8s
Top speed: 352 km/h
Price: USD 650K

8. Ferrari Enzo

Ferrari Enzo

Engine: V12

Max power: 660 Bhp
0 - 100km/h: 3.2s
Top speed: 347 km/h
Price: USD 1 million


9. Jaguar XJ 220

Jaguar XJ220
Engine: V12

Max power: 542 Bhp
0 - 100km/h: 4.0s
Top speed: 347 km/h
Price: 150K Pound sterling

10. Pagani Zonda F

Pagani Zonda F
Engine: Mercedes Benz V12

Max power: 542 Bhp
0 - 100km/h: 3.5s
Top speed: 344 km/h
Price: USD 650K

Kereta 1 hingga 5 tiada masalah untuk tinggalkan kereta F1 (max speed 360km/h). Kepantasan kereta-kereta di atas memang bersesuaian dengan harga yang dibayar.

Wednesday, February 23, 2011

F1 2011: GP Bahrain dibatalkan!


Bahrain telah mengumumkan penarikan diri daripada melangsungkan perlumbaan F1 pertama musim 2011 ekoran kekacauan politik yang berlaku di negara itu. Walau bagaimanapun, ianya akan dijadualkan semula pada satu tarikh yang akan diumumkan dan berkemungkinan selepas GP India. Berikut ialah kalendar perlumbaan F1 2011 pada musim ini

Kalendar F1 2011:
  1. GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX (Sakhir) [11 - 13 Mar] Postponed
  2. QANTAS AUSTRALIAN GRAND PRIX (Melbourne) [25 - 27 Mar]
  3. PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX (Kuala Lumpur) [08 - 10 Apr]
  4. UBS CHINESE GRAND PRIX (Shanghai) [15 - 17 Apr]
  5. TURKISH GRAND PRIX (Istanbul) [06 - 08 May]
  6. GRAN PREMIO DE ESPAÑA 2011 (Catalunya) [20 - 22 May]
  7.  GRAND PRIX DE MONACO 2011 (Monte Carlo) [26 - 29 May]
  8. GRAND PRIX DU CANADA 2011 (Montreal) [10 - 12 Jun]
  9. GRAND PRIX OF EUROPE (Valencia) [24 - 26 Jun]
  10. SANTANDER BRITISH GRAND PRIX (Silverstone) [08 - 10 Jul]
  11. GROSSER PREIS SANTANDER VON DEUTSCHLAND 2011 (Nürburgring)    [22 - 24 Jul]
  12. ENI MAGYAR NAGYDÍJ 2011 (Budapest) [29 - 31 Jul]
  13. BELGIAN GRAND PRIX (Spa-Francorchamps) [26 - 28 Aug]
  14. GRAN PREMIO SANTANDER D'ITALIA 2011 (Monza) [09 - 11 Sep]
  15. SINGAPORE GRAND PRIX (Singapore) [23 - 25 Sep]
  16. JAPANESE GRAND PRIX (Suzuka) [07 - 09 Oct]
  17. KOREAN GRAND PRIX (Yeongam) [14 - 16 Oct]
  18. GRAND PRIX OF INDIA (New Delhi) [28 - 30 Oct]
  19. ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX (Yas Marina Circuit) [11 - 13 Nov]
  20. GRANDE PRÊMIO DO BRASIL 2011 (Sao Paulo) [25 - 27 Nov]

Tuesday, February 22, 2011

Power to Weight Ratio

Power to weight ratio lazimnya digunakan pada kereta sebagai unit bandingan antara satu sama lain. Cara pengiraanya ialah dengan membahagikan kuasa maksimum yang dihasilkan oleh dengan berat kereta tersebut. Contohnya, kuasa maksimum untuk kereta A ialah 70kw dan beratnya ialah 1200kg. Maka power to weight ratio untuk kereta A ialah 58kw/tonnes atau 78bhp/tonnes atau 0.0583kW/kg; bergantung kepada unit yang digunakan.

Prestasi sesebuah kereta itu bergantung kepada nisbah kuasa kepada berat kereta (power to weight ratio). Dengan mengurangkan sebanyak mungkin berat kereta dan gunakan enjin berkuasa tinggi, prestasi yang lebih baik akan diperolehi. Power to weight ratio ini akan menentukan keupayaan mendaki bukit, pecutan dan halaju maksimum dan penggunaan bahan api (fuel consumption) sesebuah kereta.
 
Oleh itu, sejak terciptanya kereta, penambahbaikan yang dilakukan secara berterusan dalam meningkatkan prestasi kereta. Dari tahun ke tahun kereta yang dihasilkan semakin ringan, enjin yang dihasilkan semakin kecil tetapi menghasilkan kuasa yang lebih besar berbanding enjin-enjin terdahulu.

Kegunaan power to weight ratio ini ialah ianya menjadi petunjuk kepada prestasi sesebuah kereta. Jika kita hendak bandingkan presatsi sesuatu kereta dengan kereta yang lain secara adil, power to weight ratio boleh digunakan sebagai petunjuk awal. Unit digunakan untuk power to weight ratio seperti bhp/tonnes, kW/kg, kW/tonnes dsb. Semakin besar nilai power to weight ratio, semakin bagus prestasi kereta tersebut.

Walaupun sesuatu kereta itu mempunyai enjin yang lebih besar, tidak bermakna prestasinya bagus jika ia memiliki berat yang besar. Kereta yang mempunyai enjin yang lebih kecil tetapi lebih ringan mungkin mempunyai prestasi yang lebih baik daripada kereta di atas.

Kita ambil contoh 4 buah kereta:
  1. Toyota Vios (1.5) - Max Power:80kW, Kerb weight:1040kg, PTW:76.92 kW/tonnes
  2. Honda City (1.5) - Max Power:88kW, Kerb weight:1140kg, PTW:77.2 kW/tonnes
  3. Proton Inspira (2.0) - Max Power:110kW, Kerb weight:1335kg, PTW:82 kW/tonnes
  4. Kia Forte (2.0) - Max Power:116kW, Kerb weight:1237kg, PTW:93.8 kW/tonnes
Nilai PTWR di atas hanya boleh dijadikan rujukan atau petunjuk awal sahaja kerana:
  1. PWTR sentiasa berubah-berubah bergantung kepada kuasa yang dihasilkan oleh enjin. PWTR di atas ialah nilai maksimum yang boleh dicapai.
  2. Berat di atas ialah berat kosong kereta. Nilai PWTR akan berubah mengikut berat pemandu dan bilangan penumpang.
Prestasi akhir bergantung kepada beberapa faktor seperti:
  1. Faktor aerodinamik kereta.
  2. Rintangan tayar yang digunakan
  3. Jenis gearbox
  4. ECU Mapping
  5. Jenis minyak pelincir
  6. Transmission gear ratio
  7. Engine balancing
  8. Logam binaan enjin dan lain-lain lagi.
Bugatti Veyron: 736Kw, 1888kg, PTW: 389 kW/tonnes

Bacaan lanjut:
Power to Weight ratio - Wikipedia

Lamborghini Gallardo Singapore Edition

Gallardo Singapore Edition  (source: Paul Tan)


Hanya 10 unit sahaja kereta di atas akan dihasilkan. Jika dilihat sekali imbas, memang jelas ianya bukan Lamborghini yang biasa dan ianya ternyata benar kerana Lamborghini di atas ialah Lamborghini Gallardo edisi Singapura.

Edisi khas ini diwujudkan untuk meraikan ulang tahun ke-10 Lamborghini Singapore. Sebanyak S$20,000 daripada hasil jualan edisi khas ini akan didermakan kepada The Straits Times School Pocket Money Fund (SPMF) untuk pelajar yang kurang bernasib baik.


Pembeli akan mendapat plague selepas membeli Gallardo edisi Singapura (Source: Paultan)

Kereta ini hanya terdapat dalam 2 warna sahaja iaitu Putih dan Hitam. Digerakkan oleh enjin 5.2 liter V10 yang menghasilkan kuasa maksimum seperti 550 ekor kuda (550bhp) dan 540 Nm torque. Kereta ini boleh memecut dari 0-100km/h dalam masa 3.9s dan kelajuan maksimum boleh mencecah 320 km/h.

Seperti yang kita tahu, peraturan jalan raya yang ketat dan faktor kekurangan tanah di Singapura membuatkan seolah-olah kereta Supercar di sana lebih kepada bahan pameran sahaja. Di manakah tempatnya untuk mereka 'test drive' supercar mereka kalau tidak di Malaysia?

Fakta Tentang: Autobahn

Jaringan Autobahn

  1. Autobahn ialah satu jaringan jalan raya yang di German. Di German, ianya lebih dikenali sebagai Bundesautobahn yang bermaksud federal motorway.
  2. Jaral keseluruhan Autobahn ialah 12,200km yang juga bersamaan dengan panjang 12 Semenanjung Malaysia.
  3. Autobahn merupakan highway yang ketiga terpanjang di dunia di belakang Interstate Highway System (US) dan National Trunk Highway System (China).
  4. Idea untuk membina Autobahn sebenarnya adalah untuk menghubungkan antara bandar di German untuk meningkatkan ekonomi dan pembanggunan di German pada sekitar 1930.
  5. Project asal Autobahn dikenali sebagai HaFraBa kerana ianya menghubungkan 3 bandar iaitu Hamburg, Frankfurt dan Basel.
  6. Projek ini berjalan lancar antara 1930an dan 1940an sebelum perang dunia ke-2 bermula.
  7. Ketika di bawah pemerintahan Nazi, Adolf Hitler sangat berminat dengan projek ini dan membuat pelaburan besar keatasnya. Projek ini telah menyediakan 100,000 peluang pekerjaan, dapat meningkatkan ekonomi dan berfaedah dalam propaganda parti pimpinannya.
  8. Rekod dunia sepantas 432km/h telah dicatatkan di Autobahn oleh Rudolf Caracciola dan rekod itu kekal sehingga kini sebagai kelajuan terpantasa yang dicatatkan di atas jalan raya awam.
  9. Selain daripada pembanggunan, Autobahn juga memudahkan pergerakan tentera Nazi untuk bergerak.
  10. Siapa cakap Autobahn tiada speed limit? Sebenarnya speed limit memang wujud di Autobahn sama seperti jalan raya lain di dunia. Speed limit terbahagi kepada 3; Tiada speed limit, speed limit sementara dan speed limit tetap.
  11. Tiada speed limit - Dibenarkan di kawasan luar bandar atau pedalaman. Sebahagian besar Autobahn terletak di kawasan luar bandar.
  12. Speed limit sementara - Sekiranya berlaku kerja-kerja pembaikan, bencana alam atau kemalangan.
  13. Speed limit tetap - Di kawasan bandar atau simpang keluar masuk.
Simbol Autobahn

Autobahn dan had laju:
Walaupun ada sesetengah kawasan diwartakan sebagai kawasan tiada had laju, namun ianya sebenarnya tidak sebebas yang disangka. Kebanyakan kereta berprestasi tinggi mempunyai had laju yang dihadkan secara elektronik kepada 250km/h sahaja. Ini kerana faktor keselamatan seperti tayar yang mudah pecah pada halaju tinggi dan keadaan trafik yang rawak. Sebenarnya kelajuan 300km/h agak sukar dicapai walaupun di Autobahn kerana kepadatan trafik yang tidak menentu. 

Faktor lain yang menyebabkan had laju diwujudkan ialah masalah pencemaran. Pada kelajuan tinggi, kereta akan membakar lebih banyak bahan api dan membebaskan lebih banyak gas ekzos ke atmosfera.

Oleh kerana kereta German terkenal dengan imej kereta berprestasi tinggi dan mampu bergerak pada kelajuan tinggi, maka mereka juga perlu serius dalam isu keselamatan jalan raya mereka. Maka tidak hairan lah jika Autobahn termasuk dalam salah satu jalanraya yang selamat di dunia.

Simbol "Tiada Had Laju" Jika anda jumpa simbol ini, tekanlah accelerator sekuat mungkin


Bacaan lanjut:



Monday, February 21, 2011

F1: Status GP Bahrain

Litar Antarabangsa Bahrain
Kalendar perlumbaan F1 pada tahun ini akan bermula pada 11-13 Mac di Litar Antarabangsa Bahrain. Namun protes anti-kerajaan yang semakin berleluasa menyebabkan status perlumbaan tersebut berada dalam keadaan tidak pasti. Setakat ini sudah 8 orang terbunuh dan beratus-ratus lain cedera dalam tunjuk perasaan tersebut.

Satu perjumpaan tergempar akan diadakan di antara pemilik F1 dan pasukan-pasukan yang bertanding di Barcelona berkenaan status perlumbaan di Bahrain. Sekiranya perlumbaan tersebut dibatalkan, ianya akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada pengajur dan pasukan-pasukan yang bertanding. Tiket-tiket telah dijual beberapa bulan lepas. Malah ada pasukan telah menempatkan krew-krew mereka di sekitar Bahrain. Jentera-jentera perlumbaan juga telah ditetapkan untuk perlumbaan padang pasir. Segala ujian dan persiapan rapi untuk perlumbaan di Bahrain ini akan menjadi sia-sia sekiranya dibatalkan.

Pemilik F1 dan pasukan-pasukan yang bertanding memang ada sebab yang kukuh untuk risau mengenai pergolakan yang berlaku di bumi Bahrain. Perlumbaan yang mendapat liputan di serata dunia ini berpotensi besar untuk dijadikan medan utama penunjuk perasaan mendapatkan publisiti dan menarik perhatian antarabangsa. Ini akan menjadikan salah satu sejarah hitam dalam perlumbaan F1.

Kini pihak penganjur cuma tinggal 2 minggu untuk menyelesaikan masalah ini. Sama ada perlumbaan ini diteruskan atau dibatalkan, kita tunggu dan lihat.

Sunday, February 20, 2011

Mari kenali: Enjin Pembakaran Dalam

Kitaran enjin pembakaran dalam

Sebenarnya, kereta yang wujud pada hari ini tidak wujud tanpa enjin pembakaran dalam atau Internal Combustion Engine (ICE). Enjin boleh diibaratkan sebagai jantung bagi sesebuah kereta. Selain daripada menjana tenaga untuk menggerakkan kereta, ianya juga merupakan sumber tenaga bagi semua sistem sokongan di dalam kereta seperti sistem elektrik dan elektronik, sistem penghawa dingin, sistem brake, steering dan lain-lain. Walaupun kecekapan enjin pembakaran dalam hanya sekitar 20 - 30%, namun ketahanan dan keupayaannya menjadikan ianya sebagai pilihan utama pemacu kereta untuk lebih 100 tahun.

Enjin pembakaran dalam boleh ditakrifkan sebagai alat penukar tenaga kerana ianya menukarkan tenaga kimia yang terkandung di dalam bahan api kepada tenaga mekanikal. Tenaga mekanikal inilah yang diperlukan untuk menggerakkan kereta.

Berikut ialah kitaran (dikenali juga sebagai lejang) yang berlaku di dalam enjin pembkaran dalam:


1. Lejang masukan (Intake stroke)

Lejang Masukan

  • Piston akan turun ke bawah. Ini akan menghasilkan vacuum di dalam ruang pembakaran.
  • Intake valve akan terbuka. Campuran petrol dan udara akan disedut masuk.
  • Exhaust valve berada dalam keadaan tutup.

2. Lejang Mampatan (Compression stroke)

Lejang Mampatan

  • Piston akan bergerak ke atas. 
  • Campuran udara dan petrol akan dimampatkan.
  • Tekanan dan suhu di dalam ruang pembakaran meningkat.
  • Intake dan exhaust valve berada dalam keadaan tertutup.

3. Lejang Kuasa (Power stroke)

Lejang Kuasa
  • Spark plug akan menyala. Campuran udara dan petrol yang dimampatkan dibakar. Ini akan menghasilkan letupan.
  • Piston akan ditolak ke bawah. Kuasa letupan akan memusingkan aci engkol (crank shaft).
  • Intake dan exhaust valve berada dalam keadaan tutup.

4. Lejang Ekzos (Exhaust stroke) 

Lejang Ekzos
  • Piston akan bergerak ke atas. Tekanan tinggi di dalam ruang pembakaran akan menolak gas ekzos keluar melalui exhaust valve.
  • Intake valve tutup an exhaust valve buka.
  • Kitaran akan bermula kembali kepada intake stroke
Untuk bacaan lanjut:
Internal Combustion Engine - Wikipedia

Sejarah Automotif

Sejarah automotif sebenarnya agak panjang dan tidak dapat dipastikan siapakah dan dimanakah sebenarnya kereta pertama yang dicipta. Kuasa wap atau stim merupakan salah satu bentuk tenaga awal yang digunakan oleh manusia. Oleh itu boleh dikatakan kereta yang pertama dicipta sebenarnya menggunakan kuasa stim. Ianya dicipta oleh Nicolas-Joseph Cugnot (1725-1804) pada tahun 1769. Kereta stim 3 roda ini dicipta untuk kegunaan tentera Perancis pada ketika itu.

Kereta stim 3 roda yang dicipta Cugnot (1769)


Kereta pertama yang menggunakan petrol telah dicipta oleh, Karl Friedrich Benz (1844-1929) pada tahun 1885 di German. Walaupun pada ketika itu beberapa jurutera di German sedang berusaha untuk menghasilkan kereta seperti Gottlieb Daimler, Wilhelm Maybach, dan Siegfried Marcus namun Karl Benz telah diisytiharkan sebagai orang yang pertama mencipta kereta menggunakan enjin pembakaran dalam.

Model "Motorwagen" yand dicipta oleh Karl Benz (1885)
Pada awalnya, kereta merupakan carriage kereta kuda yang dipasang dengan enjin pembakaran dalam. Binaannya sangat mudah. Namun dengan teknologi dan pengetahuan yang terhad pada zaman itu, kos penghasilan kereta sangat tinggi dan hanya mampu digunakan oleh golongan bangsawan sahaja.

Untuk bacaan lanjut:
History of automobile - Wikipedia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...