Sunday, April 22, 2012

Carmaker: Proton Holdings Berhad

File:PROTON LOGO.svg

Info Ringkas

  1. Ditubuhkan pada 7 May 1983 di atas arahan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Dr. Mahathir Mohamad.
  2.  Pada awalnya, teknologi Proton  adalah diambil dari Mitsubishi Motor Corporation.
  3.  Kereta pertama ialah Proton Saga yang dikeluarkan di plant shah alam. Ketika ini, banyak parts dihasilkan oleh Mitsubishi tetapi kemudiannya dihasilkan oleh kilang-kilang di Malysia
  4.  Pada tahun 1989, sebanyak 100,000 unit Proton Saga telah dihasilkan.
  5.  Plant kedua di Tanjung Malim dibuka pada 8 Jun 2005 dan kereta pertama yang dihasilkan oleh plant tersebut ialah Proton Gen.2 dan diikuti dengan Proton Savvy.
  6.  Membeli Lotus technologies daripada ACBN Holdings ( anak syarikat Volkswagon) pada tahun 1996.
  7.  Pada 2 Ogos 2008, Proton telah mengeluarkan 3 juta kereta secara keseluruhan dan kereta ke-3 juta itu ialah Proton Saga BLM.
  8.  Produk terbaru Proton ialah Proton Preve yang dilancarkan pada April 2012.
  9.  Proton mengeksport kereta ke negara seperti Uk, Australia dan Afrika Selatan serta beberapa negara di Timur Tengah. 
  10.  Engine Campro ialah enjin pertama yang dihasilkan oleh Proton dengan kerjasama Lotus pada tahun 2000. Kereta yang pertama menggunakan enjin Campro ialah Proton Gen.2 yang dihasilkan pada tahun 2004.
  11. Seterusnya Proton menghasilkan enjin Campro CPS dan yang terbaru Campro CFE.
  12. Dalam sukan bermotor, Proton aktif di dalam sukan Rally dengan jentere Satria Neo. Penglibatan Proton dalam F1 bermula dengan kerjasa pasukan Lotus. Selain itu, Proton juga pernah mewakili Malaysia dalam Perlumbaan A1
Antara Kereta Keluaran Proton:

Proton Saga (1985)

Proton Wira (1992)

Proton Satria (1995)

Proton Putra (1995)

Proton Perdana (1995)

Proton Tiara (1996)

Proton Waja (2001)

Proton Juara (2001)

Proton Area (2002)

Proton Gen.2 (2004)

Proton Savvy (2005)

Proton Satria Neo (2006)

Proton Persona (2007)

Proton Saga (2008)

Proton Exora (2009)

Proton Inspira (2010)

Proton Preve



VW Polo Comparison

Baru-baru ni Volkswagon dah launching Polo Sedan. So far aku pernah drive Polo TSI dan aku terus jatuh cinta pada prestasi kereta ni. Setting Polo TSI ni memang sangat ngam dengan aku. Cuma harga die tu, aku rasa elok beli rumah dulu kot. Macam biasa, kelemahan kereta hatchback ni ialah space. Kurang sesuai untuk orang dah berkeluarga.

Apa yang mengejutkan aku ialah harga Polo sedan ialah RM99,888 je, padahal Polo TSI RM 113,888. Terus perkataan downgrade muncul dalam kepala aku. Sejak tengok spec Polo TSI, aku sangka VW ni tak ada double standard dalam sume produk die. Maknanya spec global. Sama2 di mana-mana saja. Berbeza dengan kereta import CKD yang jual kat Malaysia. Semua versi downgrade sebab nak jual murah dan regulation yang longgar.

Aku ada buat comparison yang aku amik bulat-bulat dari brochure. Nilai la sendiri.

Appearance

 Philosophy?


 Features

Features 2



 Features 3


Technical Specification


Finally, the price tag

Kesimpulan yang aku dapat, memang variant Polo Sedan ni dibuat untuk memenuhi citarasa rakyat Malysia, besar, murah dan import. Downgrade pun downgrade la, asalkan badge Volkswagon. Tapi untuk orang muda yang nak puas hati, beli la Polo TSI, walaupun agak mahal sket, tapi performance meamng puas hati.


Exhaust Gas Recirculation System


Sistem kitaran gas ekzos atau dalam english Exhaust Gas Recirculation (EGR) system. Sistem ini akan mengitar semula gas ekzos ke intake manifold dan exhaust gas ini akan bercampur dengan air-fuel mixture sebelum disuntik ke dalam engine combustion chamber. Kenapa perlu dicampurkan gas ekzos kepada air-fuel mixture yang fresh?


Tujuan sistem ini dicipta ialah untuk mengurangkan penghasilan Nitrogen Oksida (NOx) selepas pembakaran berlaku pada suhu yang tinggi. Kepekatan NOx sangat tinggi apabila suhu pembakaran melebih 2500F (1370C). Pelepasan NOx yang tinggi ke atmosfera akan mendatangkan kesan buruk kepada persekitaran.


EGR mengurangkan penghasilan NOx ini dengan mencampurkan sedikit ekzos gas (~5%) ke dalam intake manifold dan seterusnya akan bercampur dengan campuran petrol dan udara (air-fuel mixture). Ini akan mengurangkan 'kepekatan' air-fuel mixture dan sekali gus akan mengurangkan suhu pembakaran dan tekanan yang dihasilkan.



Cara operasi EGR adalah seperti berikut.
  1. Aliran tinggi (High Flow) - ketika cruising dan mid range acceleration . Pada ketika ini, lean air-fuel mixture dihasilkan (ratio udara lebih tinggi daripada petrol, maka suhu pembakaran akan tinggi). Setting lean air fuel mixture ini bertujuan untuk menjimatkan petrol.
  2.  Aliran rendah (Low Flow) - ketika enjin berkelajuan rendah (low speed) dan beban rendah (light load). Sama seperti di atas.
  3. Tiada aliran (No flow) - Ketika rich mixture ( ratio petrol lebih tinggi daripada udara). Rich mixture berlaku ketika pecutan tinggi (high acceleration). Lebih banyak petrol dan udara diperlukan untuk menghasilkan kuasa.
Walau bagaimana pun, sistem kawalan EGR ini amat kompleks kerana, jumlah exhaust gas yang dialirkan perlu berada pada campuran yang betul. Sekiranya EG melebihi dari apa yang diperlukan, ianya akan mengurangkan kuasa yang akan dihasilkan. Manakala sekiranya EG kurang dari apa yang diperlukan, suhu pembakaran tidak dapat dikurangkan, maka lebih banyak NOx akan dihasilkan dan mungkin jugak akan berlaku engine knock (Petrol akan terbakar sendiri akibat suhu yang tinggi sebelum spark plug menyala. Ini akan menyebabkan seolah-olah piston 'diketuk' ke bawah dan ianya akan merosakkan piston).


Kesimpulannya, EGR ini bertujuan untuk merendahkan suhu pembakaran dan mengurangkan penghasilan NOx. Ini sebagai langkah untuk mematuhi Emission standard yang semakin ketat


Friday, April 20, 2012

Seni tak basuh kereta


Betul la orang cakap, kalau dah memang pandai lukis tu, kat mana-mana pun boleh melukis. Tak sangka malas basuh kereta pun boleh buat seni kan? Cool!

Thursday, April 19, 2012

Kemalangan Luar Biasa

Macam-macam jenis kemalangan kat dunia ni. Apa pun, berhati-hati di jalan raya. hehe

seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...