Wednesday, April 18, 2012

Proton Preve. Kenapa Preve?


Proton Preve. Preve berasal daripada bahasa sepanyol yang bermakna Prove di dalam English atau Bukti dalam bahasa melayu nya. Mesti ramai tertanya-tanya kenapa mesti nama dalam bahasa asing tetapi tidak nama yang melambangkan identiti Malaysia seperti keluaran Proton yang lain?

Ok, ni berdasarkan fikiran aku sahaja. Mungkin target kereta ni lebih kepada market global atau eksport. Kalau nak jual ke luar negara luar, nama nya juga perlu lebih global supaya ianya lebih mudah diterima. Jika nama yang melambangkan identiti Malaysia masih digunakan, ianya akan mendatangkan persepsi kereta dari negara dunia ketiga. Ini akan mempengaruhi penerimaan di dunia luar.

Trend ni bukan sesuatu yang baru sebab Toyota, Honda, Kia, Hyunda dah tak menggunakan nama yang melambangkan identiti negara asing. Brand tu sendiri dah mewakili negara asal kereta tu. Pengeluar kereta yang bersaing di peringkat global kebanyakannya menggunakan nama yang mudah diterima secara global. Malah kereta buatan China pun sudah tidak menggunakan nama yang mewakili negara mereka. Ini kerana mereka sudah sedar, untuk menembusi pasaran luar, imej global amat diperlukan.

So, bagi sudah tiba masanya mentaliti kereta Malaysia perlukan nama melambangkan Malaysia dibuang jauh-jauh jika ingin bersaing di peringkat global. Begitu juga dengan mentaliti, disebabkan kereta itu buatan Malaysia, maka kita perlu sokong walaupun kita tahu, kualiti dan prestasinya amat teruk. Untuk improve, kita haruslah lebih jujur dan realistik. Terlalu menjaga hati, dimanjakan dan dilindungi tidak akan menjadikan kita lebih kuat.

P/s: Kalau tengok spec kereta ni, memang spec kereta intercontinental dan penuh dgn latest technology. Cuma harap masalah power window dah takde lagi ye. hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...