Bencana tsunami yang melanda Jepun sebulan yang lalu bukan sahaja menyebabkan masalah kemanusiaan dan ancaman radiasi sahaja, tetapi juga kepada sektor industri pembuatan. Industri automotif adalah antara yang terjejas akibat dari bencana ini. Kekurangan alat ganti dan komponen dari Jepun telah menyebabkan operasi beberapa kilang automotif di dunia mengalami masalah. Pengeluaran terpaksa diperlahankan dan ada juga yang dihentikan sementara waktu.
Diharapkan Jepun segera pulih dan bangkit semula dari bencana ini.
No comments:
Post a Comment