Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Bila polis kemalangan

kredit to Oh media
Melihat kepada gambar di atas, aku pernah dengar orang cakap-cakap. "Tu la, bile bagi kete kancil komplen slow sangat. Tak boleh nak kejar penjenayah. Bila bagi kereta laju eksiden pulak"

Aku tak tahu la sama ada polis yang diberikan kereta Lancer ni diberikan latihan khas atau tidak untuk handle kereta high performance. Yela handling dan perfomance nye lain dengan kereta biasa-biasa. Kene ada skill baru boleh drive. Kalau tidak, jadi la macam gambar di atas.

Aku rasa mat-mat rempit atau drifter sume gelak besar tengok gambar di atas. Kan dah mencalarkan imej polis juga tu.

Friday, April 15, 2011

Bawa Tayar Lori Dengan Motorsikal

Kalau tayar motor atau tayar kereta orang bawa dengan motorsikal, boleh diterima lagi. Tetapi apa yang tertera dalam gambar di atas adalah sesuatu yang boleh diberikan anugerah. Bukan senang nak membuat 'lagak ngeri' di atas. Hanya orang yang ada kecekalan tinggi sahaja yang mampu melakukannya.

P/S: Jangan tiru perbuatan pakcik di atas. Tunggang dengan cermat. Ingat orang yang tersayang :)

Kereta Lumba 1Malaysia

Kredit to cursingmalay
Haha. Aku malas nak tulis apa-apa pasal gambar ni sebab aku cuba nak elakkan blog ni dari menjadi blog politik. Gambar ni pun dah cukup untuk 'menceritakan' segalanya.

Jika anda tidak tergelak bermakna anda tidak mengikuti perkembangan politik di Malaysia.

P/s: Hmmm ni kereta A1 GP Team Malaysia yang telah di'photoshopkan'. Nice editing. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...