Sunday, April 17, 2011

Bila kereta RM1.35 juta kemalangan


Seorang anak telah membawa kereta bapanya secara curi-curi untuk keluar bersama kekasihnya. Kereta ayahnya bukan calang-calang kereta, tetapi Gumpert Apollo. Kereta ini antara kereta yang terpantas di dunia.

Malangnya, remaja tersebut telah terlibat dalam kemalangan. Berdasarkan gambar di atas, memang kemalangan itu berlaku pada halaju yang tinggi. Mujurlah ruang penumpang telah direka dengan baik dan berfungsi untuk menghadapai kemalangan pada halaju tinggi seperti ini. Maka remaja tersebut dan kekasihnya selamat.

Apakah perasaan anda jika anda menjadi bapa kepada remaja di atas? RM1.35 juta bukan sikit. Tak tahu lah kalau nilai tersebut kecil bagi orang kaya macam mereka.

Pengajarannya, simpan kunci kereta anda di tempat yang selamat untuk mengelakkan anak anda membawanya secara curi-curi. Kalau di Malaysia, dah kene tembak dengan polis dah.

Kesan tsunami pada sektor autmotif dunia


Bencana tsunami yang melanda Jepun sebulan yang lalu bukan sahaja menyebabkan masalah kemanusiaan dan ancaman radiasi sahaja, tetapi juga kepada sektor industri pembuatan. Industri automotif adalah antara yang terjejas akibat dari bencana ini. Kekurangan alat ganti dan komponen dari Jepun telah menyebabkan operasi beberapa kilang automotif di dunia mengalami masalah. Pengeluaran terpaksa diperlahankan dan ada juga yang dihentikan sementara waktu.

Diharapkan Jepun segera pulih dan bangkit semula dari bencana ini.

Senarai kereta Proton dan Perodua

Di Malaysia, kita ada dua syarikat automotif tempatan iaitu Proton dan Perodua. Proton ditubuhkan pada 1983, manakala Perodua 10 tahun kemudian iaitu pada 1993. Ini bermakna Proton telah berusia 28 tahun, manakala Perodua 18 tahun. Mari kita imbas balik produk keluaran masing-masing sepanjang sejarah penubuhan mereka. Hanya base line model dan telah dilancarkan sahaja yang disenaraikan. Tidak termasuk facelift.

Proton

1) Saga (1985)

2) Wira (1993)





3) Satria (1995)


4) Putra (1995)


5) Perdana (1995)


6) Tiara (1996)


7)Perdana V6 (1999)


8) Juara (2001)


9) Waja (2000)


10) Arena (2002)


11) Gen-2 (2004)


12) Savvy (2005)


13) Satria Neo (2006)


14) Persona (2007)


15) Saga 2nd Generation (2008)




16) Proton Exora (2009)


 
17) Inspira (2010)


-------------------------------------------------------------------------------
 
Perodua
1) Kancil (1994)
 
 
2) Rusa (1996)
 

3) Kembara (1998) 


4) Kenari (2000)


5) Kelisa (2001)


6) Myvi (2005)


7) Viva (2007)


8) Nautica (2008)


9) Alza (2009)


---------------------------------------------------------------------------
 
Sepanjang 28 tahun, Proton telah menghasilkan 17 buah model.
Sepanjang 18 tahun, Perodua telah menghasilkan 9 buah model.

Saturday, April 16, 2011

Bila polis kemalangan

kredit to Oh media
Melihat kepada gambar di atas, aku pernah dengar orang cakap-cakap. "Tu la, bile bagi kete kancil komplen slow sangat. Tak boleh nak kejar penjenayah. Bila bagi kereta laju eksiden pulak"

Aku tak tahu la sama ada polis yang diberikan kereta Lancer ni diberikan latihan khas atau tidak untuk handle kereta high performance. Yela handling dan perfomance nye lain dengan kereta biasa-biasa. Kene ada skill baru boleh drive. Kalau tidak, jadi la macam gambar di atas.

Aku rasa mat-mat rempit atau drifter sume gelak besar tengok gambar di atas. Kan dah mencalarkan imej polis juga tu.

Friday, April 15, 2011

Bawa Tayar Lori Dengan Motorsikal

Kalau tayar motor atau tayar kereta orang bawa dengan motorsikal, boleh diterima lagi. Tetapi apa yang tertera dalam gambar di atas adalah sesuatu yang boleh diberikan anugerah. Bukan senang nak membuat 'lagak ngeri' di atas. Hanya orang yang ada kecekalan tinggi sahaja yang mampu melakukannya.

P/S: Jangan tiru perbuatan pakcik di atas. Tunggang dengan cermat. Ingat orang yang tersayang :)

Kereta Elektrik Terbakar


Dari segi kebakaran, kereta elektrik boleh dikatakan berisiko rendah untuk terbakar. Tiada spark plug dan petrol. Jika anda fikir anda sudah bebas dari risiko kebakaran, anda silap.

Gambar di atas menunjukkan sebuah teksi yang menggunakan tenaga elektrik di China terbakar. Punca kebakaran masih lagi disiasat. Akibatnya, seluruh perkhidmatan teksi elektrik diberhentikan serta merta.

Mengurangkan pencemaran itu satu niat yang murni, tapi kalau jadi daging panggang pun tak guna juga kan?

Kereta Lumba 1Malaysia

Kredit to cursingmalay
Haha. Aku malas nak tulis apa-apa pasal gambar ni sebab aku cuba nak elakkan blog ni dari menjadi blog politik. Gambar ni pun dah cukup untuk 'menceritakan' segalanya.

Jika anda tidak tergelak bermakna anda tidak mengikuti perkembangan politik di Malaysia.

P/s: Hmmm ni kereta A1 GP Team Malaysia yang telah di'photoshopkan'. Nice editing. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...