Friday, April 15, 2011

Belian kereta untuk orang kebanyakan


Di Malaysia ni, majoriti rakyatnya tidak mampu beli kereta secara cash walaupun kereta nasional yang dibuat untuk rakyat Malaysia. Kebanyakannya akan membeli ansuran selama 9 tahun. Bagi sesiapa yang mampu tu mungkin boleh mengambil 7 tahun dan bagi sesiapa yang ada banyak duit sikit boleh singkatkan kepada 5 tahun.

Kebanyakan kereta yang dibuat di Malaysia ni, sasaran pembelinya ialah golongan eksekutif muda. Harga yang dikenakan bersesuaian dengan standard sebagai my 1st car. Tapi betul ke harganya sesuai?

Majoriti orang yang ada degree gajinya lebih kurang RM2500 sebulan dan sekiranya ansuran diambil pula selama 9 tahun, maka orang tersebut perlu membayar lebih kurang RM 450 hingga Rm550. Bagi yang ambil 7 atau 5 tahun, semestinya akan lebih tinggi.

Satu per empat daripada gaji akan hilang untuk membayar kereta. Untuk petrol pula, paling kurang pun RM200 sebulan. Bagi yang duduk jauh dan kuat berjalan, lagi tinggi perbelanjaan untuk petrol. Cukup setahun nak kena renew road tax. Insuran 1st year lebih kurang RM1200. Kalau company tu ada bonus, boleh juga cover. Kalau tak ada? Redah je la. Kalau kene tahan, polis kene saman lagi.

Belum cerita lagi pasal servis, spare part, tayar, nak mod lagi. Kalau orang bujang aku rasa tiada masalah. Masalah akan datang bila lepas kahwin. Dah la nak kahwin dah habis guna duit. Nak maintain rumah tangga guna lagi banyak duit. Masa ini akan terasa sesak. Bagi sesiapa yang beli kereta tempatan, boleh lagi la nak hidup. Yang beli kereta import, bulan-bulan nak kene bayar RM700 - RM900. Huhu.

Bayangkan lah, kene tanggung ansuran selama 9 tahun. Dah masuk tahun ke-10, insuran pula tak nak cover. Kalau cover pun kene bayar mahal. Nak renew road tax kene buat pemeriksaan PUSPAKOM. Selepas 9 tahun memang dah tak payah bayar ansuran, tapi keadaan kereta pula yang memerlukan maintenance tinggi. Kata lah, tiba-tiba goverment pula nak hadkan jangka hayat kereta cuma 15 tahun. Lepas tu kene scrap. Nak tak nak kene beli kereta baru. Baru nak hidup bebas hutang, kene hutang lagi.

Katalah, fresh graduate tu beli kereta masa umur 25 tahun. Umur 34 tahun baru habis bayar. Masa tu anak-anak dah bersekolah. Nak guna duit banyak lagi. Kereta pun dah nampak macam outdated. Nak beli baru kene tanggung hutang 9 tahun lagi. Umur 43 baru habis bayar.

Tempoh ansuran 9 tahun ni sebenarnya agak tidak munasabah. Tapi apa boleh buat, nak kurangkan installment setiap bulan. Dah  harga kereta tinggi sangat. Nama sahaja kereta nasional. Jual pada rakyat sendiri kereta kualiti rendah tapi mahal. Pada orang luar, kualiti premium tapi murah. Dah polisi kerajaan macam tu. Nak buat macam mana. Telan sahaja la kan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...