Sunday, February 20, 2011

Sejarah Automotif

Sejarah automotif sebenarnya agak panjang dan tidak dapat dipastikan siapakah dan dimanakah sebenarnya kereta pertama yang dicipta. Kuasa wap atau stim merupakan salah satu bentuk tenaga awal yang digunakan oleh manusia. Oleh itu boleh dikatakan kereta yang pertama dicipta sebenarnya menggunakan kuasa stim. Ianya dicipta oleh Nicolas-Joseph Cugnot (1725-1804) pada tahun 1769. Kereta stim 3 roda ini dicipta untuk kegunaan tentera Perancis pada ketika itu.

Kereta stim 3 roda yang dicipta Cugnot (1769)


Kereta pertama yang menggunakan petrol telah dicipta oleh, Karl Friedrich Benz (1844-1929) pada tahun 1885 di German. Walaupun pada ketika itu beberapa jurutera di German sedang berusaha untuk menghasilkan kereta seperti Gottlieb Daimler, Wilhelm Maybach, dan Siegfried Marcus namun Karl Benz telah diisytiharkan sebagai orang yang pertama mencipta kereta menggunakan enjin pembakaran dalam.

Model "Motorwagen" yand dicipta oleh Karl Benz (1885)
Pada awalnya, kereta merupakan carriage kereta kuda yang dipasang dengan enjin pembakaran dalam. Binaannya sangat mudah. Namun dengan teknologi dan pengetahuan yang terhad pada zaman itu, kos penghasilan kereta sangat tinggi dan hanya mampu digunakan oleh golongan bangsawan sahaja.

Untuk bacaan lanjut:
History of automobile - Wikipedia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...