Sunday, April 22, 2012

Exhaust Gas Recirculation System


Sistem kitaran gas ekzos atau dalam english Exhaust Gas Recirculation (EGR) system. Sistem ini akan mengitar semula gas ekzos ke intake manifold dan exhaust gas ini akan bercampur dengan air-fuel mixture sebelum disuntik ke dalam engine combustion chamber. Kenapa perlu dicampurkan gas ekzos kepada air-fuel mixture yang fresh?


Tujuan sistem ini dicipta ialah untuk mengurangkan penghasilan Nitrogen Oksida (NOx) selepas pembakaran berlaku pada suhu yang tinggi. Kepekatan NOx sangat tinggi apabila suhu pembakaran melebih 2500F (1370C). Pelepasan NOx yang tinggi ke atmosfera akan mendatangkan kesan buruk kepada persekitaran.


EGR mengurangkan penghasilan NOx ini dengan mencampurkan sedikit ekzos gas (~5%) ke dalam intake manifold dan seterusnya akan bercampur dengan campuran petrol dan udara (air-fuel mixture). Ini akan mengurangkan 'kepekatan' air-fuel mixture dan sekali gus akan mengurangkan suhu pembakaran dan tekanan yang dihasilkan.



Cara operasi EGR adalah seperti berikut.
  1. Aliran tinggi (High Flow) - ketika cruising dan mid range acceleration . Pada ketika ini, lean air-fuel mixture dihasilkan (ratio udara lebih tinggi daripada petrol, maka suhu pembakaran akan tinggi). Setting lean air fuel mixture ini bertujuan untuk menjimatkan petrol.
  2.  Aliran rendah (Low Flow) - ketika enjin berkelajuan rendah (low speed) dan beban rendah (light load). Sama seperti di atas.
  3. Tiada aliran (No flow) - Ketika rich mixture ( ratio petrol lebih tinggi daripada udara). Rich mixture berlaku ketika pecutan tinggi (high acceleration). Lebih banyak petrol dan udara diperlukan untuk menghasilkan kuasa.
Walau bagaimana pun, sistem kawalan EGR ini amat kompleks kerana, jumlah exhaust gas yang dialirkan perlu berada pada campuran yang betul. Sekiranya EG melebihi dari apa yang diperlukan, ianya akan mengurangkan kuasa yang akan dihasilkan. Manakala sekiranya EG kurang dari apa yang diperlukan, suhu pembakaran tidak dapat dikurangkan, maka lebih banyak NOx akan dihasilkan dan mungkin jugak akan berlaku engine knock (Petrol akan terbakar sendiri akibat suhu yang tinggi sebelum spark plug menyala. Ini akan menyebabkan seolah-olah piston 'diketuk' ke bawah dan ianya akan merosakkan piston).


Kesimpulannya, EGR ini bertujuan untuk merendahkan suhu pembakaran dan mengurangkan penghasilan NOx. Ini sebagai langkah untuk mematuhi Emission standard yang semakin ketat


1 comment:

Unknown said...

Very nice article and picture about exhaust gas recirculation. Thanks very much for sharing. http://www.commercialegrcooler.com/what-is-an-egr-system.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...