Wednesday, April 18, 2012

Apa itu Concept Car?

Setiap kali ada Motorshow, mesti kita akan jumpa Concept car. Syarikat pembuat kereta akan mempamerkan kehebatan masing-masing melalui concept car. Kebiasaanya Concept car ini berciri futuristik atau sesuatu yang radikal dan penuh dengan idea yang segar dari segi design dan praktikaliti.

Apakah itu Concept Car?
Concept Car boleh di definasikan sebagai kereta yang dibina sebagai 'exhibiton stuff' dengan styling dan teknologi yang baru. Ianya sering dipamerkan ketika Motorshow untuk menarik mengukur reaksi yang ditunjukkan oleh orang ramai walaupun, belum tentu lagi akan dihasilkan untuk jualan.

Harley Earl dari General Motor (GM) ialah orang pertama yang memperkenalkan konsep 'Concept Car' ini pada tahun 1950. Walau bagaimana pun, ianya kurang popular pada masa itu.

Concept car biasanya tidak akan dihasilkan seperti yang dipertontonkan ketika Motorshow. Beberapa perkara memerlukan penelitian seperti praktikaliti, keselamatan dan kos. Concept Car berlawanan konsep dengan Mass Pro Car.

Antara Ciri-ciri Concept car:

1. Dibuat dari bahan yang lain daripada biasa, mahal dan baru contohnya seperti kertas, carbon fiber, dan alloy.
2. Mempunya layout yang radikal seperti pintu kepak (gullwing), kerusi boleh berpusing 360 darjah, kedudukan pemandu di tengah, bilangan tayar yang luar biasa dan apa-apa ciri yang tidak dijumpai dalam kereta mass pro.
3. Kebanyakannya dibuat secara olok-olok (Mock Up), hanya siap luaran, tidak boleh dipandu dan mungkin hanya sebahagian sahaja yang siap atau ditunjukkan.

Selepas Motorshow
Kebanyakannya akan dimusnahkan kerana peranannya sebagai 'exhibtion stuff' dah berakhir, tapi ada juga yang akan disimpan sebagai koleksi syarikat dan ada juga yang terus digunakan dalam aktiviti development.

Berikut ialah beberapa jenis Concept Car:


File:Buick Y.jpg
Concept Car pertama oleh Harley Earl

File:GeneralMotorsLeSabre.jpg
Concept Car oleh Harley Earl

File:FirebirdIII.jpg
Firebird III (GM) Menggunakan Enjin Gas Turbine

File:Ford Nucleon.jpg
Ford Nucleon yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber kuasa

Ok la, kita tgk yang moden sket.

 BMW

Audi

Mercedes

Ferrari

Toyota

Honda

Nissan

Tak lupa juga wakil syarikat tempatan

Proton

Perodua

Untuk keterangan lanjut, boleh la google sendiri ye. Hehe



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...