Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Kemalangan Luar Biasa

Macam-macam jenis kemalangan kat dunia ni. Apa pun, berhati-hati di jalan raya. hehe

seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com
seen at curiousphotos.blogspot.com



Tuesday, September 13, 2011

Kereta Lexus tersekat di atas simen





HOUSTON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang pemandu wanita terpaksa diselamatkan selepas kereta mewah jenis Lexus GS berharga AS$70,000 (RM208,963) yang dipandunya tersekat di atas simen basah, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu apabila wanita berkenaan cuba membuat pusingan U dan memasuki jalan yang sedang dibaiki di sini.
Dalam gambar yang disiarkan di Internet, pemandu wanita itu masih berada di dalam kenderaannya semasa insiden tersebut berlaku.
Seorang pengguna Internet menyatakan, pemandu tersebut mungkin sedang menunggu simen itu kering sebelum dia keluar dari kenderaannya kerana tidak mahu kasutnya rosak.
Namun, seorang saksi memberitahu, polis tiba di tempat kejadian selepas dihubungi pekerja-pekerja membaiki jalan.
Menurutnya, anggota polis mengarahkan wanita itu supaya berada di dalam keretanya kerana faktor keselamatan.
“Kereta itu ditarik keluar oleh sebuah trak tunda sekitar 20 minit selepas kereta tersebut tersekat manakala jalan berkenaan dibaiki semula 15 minit kemudian,” kata saksi tersebut. – Agensi
Comment: alang-alang tu, simenkan semua. Boleh buat pameran kat muzium. Takpun boleh guna sebagai props untuk cerita tanggang versi moden. hehe

Ferrari termasuk dalam laut


Ferrari termasuk ke dalam laut



SEBAHAGIAN badan kereta Ferrari termasuk ke dalam laut di Pulau Pag, Croatia baru-baru ini.


ZAGREB, Croatia – Seorang pemilik kereta mewah Ferrari yang selesai menikmati hidangan di sebuah restoran terkejut apabila melihat sebahagian badan kenderaannya itu berada di dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian itu berlaku disebabkan brek sebuah van Renault berwarna putih tidak berfungsi menyebabkan ia berundur dan melanggar kereta Ferrari 360 Spider itu yang berharga £120,000 (RM591,273).
Sebahagian badan kereta itu terjatuh ke dalam laut selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Pemandu Ferrari itu meletakkan keretanya di tepi pelabuhan kerana dia mahu makan di sebuah restoran berdekatan.
Seorang komposer, Tibor Szirovicza, 29, sempat merakamkan gambar kejadian yang memalukan itu yang berlaku di Pulau Pag.
Namun, pemandu Ferrari tersebut memiliki sebuah trak tunda dan mengarahkan salah sebuah trak penunda miliknya untuk menunda kereta miliknya itu. – Agensi
Comment: Agak-agak boleh claim warranty tak? Kalau handphone, water damage memang takde warranty. Tiada maaf bagi mu.

Monday, September 12, 2011

Kemalangan Unik Motorsikal Masuk Lubang


Kemalangan unik motosikal masuk lubang



SEORANG wanita melihat sebuah motosikal yang jatuh ke dalam sebuah lubang di Changchun baru-baru ini.


CHANGCHUN - Sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki termasuk ke dalam lubang di sebatang jalan raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia terjatuh dengan kepalanya masuk ke dalam lubang itu terlebih dahulu.
Menurut seorang saksi, Hui Shi, ramai orang ketawa kerana lelaki itu tertonggeng dengan kepala dia masuk ke dalam lubang manakala kakinya ke atas.
Penunggang motosikal itu, Zhang Bo tidak memakai topi keledar dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Dia dihantar ke sebuah hospital kerana kecederaan di kepala dan rahangnya.
Menurut polis, lubang yang tidak bertutup banyak terdapat di jalan raya kerana penutupnya dicuri supaya ia dicairkan untuk dijadikan barang sekerap. - Agensi
Comment: Die bawak motor secara weekang ape. Macam mana la boleh ngam-ngam masuk.

Kereta Sangkut Bawah Trailer


Kereta tersangkut di bawah treler 18 tayar


BAHAGIAN depan kereta yang dipandu Eddie Persy Jr yang remuk di bawah treler itu.


OMAHA - Sebuah kereta tersangkut di bawah treler 18 tayar di sebuah lebuh raya di timur Greenwood, Nebraska, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, pemandu kereta itu hanya mengalami calar dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu.
Menurut polis, pemandu treler itu dipercayai mengubah haluan ke kanan menyebabkan ia melanggar penghadang jalan.
Pemandu kereta itu, Eddie Percy Jr yang menceritakan reaksinya selepas kejadian itu berlaku berkata: "Wow, saya telah terselamat."
Menurutnya, dia menganggap adalah mustahil untuk seseorang itu terselamat dalam kejadian seperti itu.
Dia berkata, kejadian itu berlaku dengan tiba-tiba semasa treler tersebut berada di depannya.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuhan bahawa saya okey dan saya masih mempunyai peluang untuk menemui anak lelaki saya," katanya. - Agen
Comment: Nak tiru aksi fast and furious kot?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...