Monday, February 21, 2011

F1: Status GP Bahrain

Litar Antarabangsa Bahrain
Kalendar perlumbaan F1 pada tahun ini akan bermula pada 11-13 Mac di Litar Antarabangsa Bahrain. Namun protes anti-kerajaan yang semakin berleluasa menyebabkan status perlumbaan tersebut berada dalam keadaan tidak pasti. Setakat ini sudah 8 orang terbunuh dan beratus-ratus lain cedera dalam tunjuk perasaan tersebut.

Satu perjumpaan tergempar akan diadakan di antara pemilik F1 dan pasukan-pasukan yang bertanding di Barcelona berkenaan status perlumbaan di Bahrain. Sekiranya perlumbaan tersebut dibatalkan, ianya akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada pengajur dan pasukan-pasukan yang bertanding. Tiket-tiket telah dijual beberapa bulan lepas. Malah ada pasukan telah menempatkan krew-krew mereka di sekitar Bahrain. Jentera-jentera perlumbaan juga telah ditetapkan untuk perlumbaan padang pasir. Segala ujian dan persiapan rapi untuk perlumbaan di Bahrain ini akan menjadi sia-sia sekiranya dibatalkan.

Pemilik F1 dan pasukan-pasukan yang bertanding memang ada sebab yang kukuh untuk risau mengenai pergolakan yang berlaku di bumi Bahrain. Perlumbaan yang mendapat liputan di serata dunia ini berpotensi besar untuk dijadikan medan utama penunjuk perasaan mendapatkan publisiti dan menarik perhatian antarabangsa. Ini akan menjadikan salah satu sejarah hitam dalam perlumbaan F1.

Kini pihak penganjur cuma tinggal 2 minggu untuk menyelesaikan masalah ini. Sama ada perlumbaan ini diteruskan atau dibatalkan, kita tunggu dan lihat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...